Tuesday 3 November 2015

Teknik Mudah Belajar Mendaki & Menuruni Bukit



Teknik Mudah Belajar Mendaki & Menuruni Bukit


Teknik Belajar Mendaki Bukit

Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.

Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.

Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:

Calon akan lulus  jika:
Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.

Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.

Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%

Melebihi masa yang ditetapkan.

Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)

Langgar garisan putih.

Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).


CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK DENGAN BETUL



CARA PENGGUNAAN GEAR AUTOMATIK DENGAN BETUL
Penukaran gear (shift gear) auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan anda tentu maklum kos untuk membaiki gearbox kereta sangat mahal.
Jadi kami berharap dengan tips-tips yang diberikan ini, dapat di kongsikan dengan keluarga dan rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR KE KEDUDUKAN "P" KETIKA BERHENTI DI LAMPU ISYARAT.
Anda pasti pernah perasan kereta dihadapan kereta kita masuk gear P bila berhenti di lampu isyarat.Senang untuk kita tahu, kerana lampu reverse/undur akan menyala sekejap bila kereta depan menukar gear.

Bayangkan situasi yang berlaku jika pemandu terkejut atau tergesa-gesa sebab lampu isyarat dah bertukar hijau ketika kita leka & kereta belakang dah hon2 suruh jalan.situasi yang mungkin terjadi ialah anda tertekan pedal minyak dan enjin sedang melahu tinggi (hi rev)
dan terus masuk gear D. apa akan terjadi??? mungkin akan berlaku sentakan kuat ketika gear ditukar dalam keadaan ini.risikonya adalah gearbox anda boleh rosak atau
cepat rosak.

jadi, disini kami ingin kongsikan tips atau kaedah yang betul penggunaan atau kedudukan gear semasa berhenti di lampu isyarat :
1. pijak brek kaki
2. tukar gear ke kedudukan N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak sahaja)
3. Tarik hand brek
4. lepaskan brek kaki
Bila bersedia untuk jalan semula :
1. pijak brek
2. tukar gear ke D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik sahaja)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. Tekan tombol hanya semasa menukar gear dari kedudukan:
P ke R ,
R ke P
R ke N
N ke R
D ke L/D2
L/D2 ke D

2. Jangan sesekali tekan antara
N ke D
D ke N
D ke D3
D3 ke D

KENAPA?

Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak atau terlepas tolak tombol gear.
Jika terlajak/terlepas, gearbox anda akan mudah rosak.

Contoh 1.
:- dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.apa akan berlaku jika sedang dalam gear D kita terus tukar ke gear R....???????

Contoh 2.
:- semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
konsol gearnya lurus (seperti dalam gambar yang pertama). Jika konsol gear yang 
berbentuk seperti 'tangga' (rujuk gambar yang kedua) , tiada tombol. Selamat dari segi kesilapan penukaran gear.

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.
R - reverse, untuk mengundur kereta anda
N - neutral, jika dalam posisi menunggu lampu isyarat atau kesesakan lalulintas, alihkan ke gear N (Neutral). bukan P (Parking!) jika anda perasan, 
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.
D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya.
3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3.
2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan bertukar secara auto ke gear 1 jika perlu.

L - Low gear, gear pertama.
Butang OD (overdrive) - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. 
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------
Diharapkan,dengan tips ringkas ini ia dapat dimanafaatkan dan diaplikasikan di dalam pemanduan anda sentiasa,disamping dapat memanjangkan jangkahayat gearbox kereta anda.