Tuesday, 3 November 2015

Teknik Mudah Belajar Mendaki & Menuruni Bukit



Teknik Mudah Belajar Mendaki & Menuruni Bukit


Teknik Belajar Mendaki Bukit

Gunakan gear satu, jalan ke hadapan mendaki bukit.

Berhentikan kereta apabila tayar hadapan mencecah ke dalam garisan kuning. Bebaskan (free) gear, tarik brek tangan.

Keluarkan kepala melihat ke arah tayar atau pastikan cermin sisi selari dengan tiang 1.

TIP UNTUK UJIAN MENDAKI BUKIT:

Calon akan lulus  jika:
Berjaya meletakkan kedua-dua bahagian roda hadapan motokar di atas garisan kuning secara berterusan samada 100%, 75% atau 50%.

Berjaya maju kehadapan tanpa berundur melepasi garisan kuning apabila diarahkan oleh penguji.

Berjaya melakukan ujian dalam masa 3 minit. Masa tamat akan dicatat selepas keseluruhan badan motokar melepasi garisan kuning.

Calon akan gagal jika:

Gagal meletakkan kedua-dua roda hadapan samada 100%, 75% @ 50%

Melebihi masa yang ditetapkan.

Melanggar tiang penanda besi (samada jatuh atau tidak)

Langgar garisan putih.

Kemalangan (samada langgar kenderaan lain, langgar bahu jalan atau langgar objek dalam litar)

Teknik Belajar Turun Bukit

Gunakan gear satu. Tekan pemacu (minyak). Lepaskan cekam (clutch) secara perlahan-lahan, apabila kereta bergerak, lepaskan brek tangan dan tambah tekanan pada pemacu (minyak).




0 comments:

Post a Comment