Thursday 3 December 2015

Filled Under:

Azwan Ali DEDAH PUNCA SEBENAR dia KOYAK, LUDAH, dan BUANG hadiah PAK NIL. Memang tak boleh diterima akal bila tengok alasan yang diberi. Siapa-Siapa pun yang tengok , memang tak dapat diterima akal. SAMPAI CAMTU SEKALI .agak-agak ar.


Selepas isu salah pengertian mengenai perkataan KimK oleh Fazura semalam, rupanya dalam masa yang sama, Azwan Ali juga dilihat mengamuk di Instagram – hanya kerana ada peminat mempertikaikan pelekat (sticker) rendang yang digunakan olehnya yang diberikan oleh Aznil Nawawi.


Sebelum ini, semuanya okay belaka. Aznil sendiri pernah memuji kesedapan rendang Azwan dan sebagai tanda sokongan terhadap sahabatnya itu, Aznil telah menghadiahkan pelekat kepada Azwan Ali. Bagi kami, ia bagus untuk branding dan juga promosi.

Bagaimanapun, mungkin ada individu tidak senang dengan persahabatan mereka sehinggalah ada komen yang mengatakan bahawa – Azwan Ali tidak mampu beli sticker rendang dan hanya perkara tersebut, Azwan Ali mengamuk sambil merakam video di Instagram.

“Aku tak mintak pun, tapi kau yang sibuk nak bagi sticker ni! Haa, datang peminat fanatik hanjing kau, hina aku, sticker rendang pun tak mampu nak beli! Haa, nah, ni!” kata Azwan sambil menolak masuk pelekat tersebut ke dalam tong sampah.

Hanya kerana mulut peminat perkara ini berlaku, sedangkan Azwan sendiri pernah memuji Aznil yang ikhlas membeli rendang daripadanya. Apa pun, moga apa yang berlaku akan berakhir dengan aman. Boleh tahan juga drama menjelang hujung tahun ini ya.




0 comments:

Post a Comment