Pagi tadi, Dato’ Siti Nurhaliza telah pun berkongsikan berita sedih mengenai dia keguguran setelah hamil dua bulan. Bagaimanapun, tidak tercapai akal kami bahawa ada individu yang sanggup menyifatkan kejadian tersebut terjadi kerana muzik itu haram.
Sehingga artikel ini ditulis, belum ada kenyataan balas daripada Siti Nurhaliza ini lagi mengenai perkara berkenaan. Rata-rata peminat penyanyi tersohor ini meluahkan rasa simpati di laman Instagram beliau selain diiringi kata-kata semangat.
Menurut Siti, kini dia masih dalam proses berpantang sebelum kembali meneruskan kerjayanya. Apa pun, semoga Siti tabah dalam menghadapi dugaan yang mendatang
binggung aku memikir mcm makcik ini..rezeki dtg dari Allah dan penyakit pun Allah yg bagi..ramai yg penyanyi dpt anak masih menyanyi lagi..yg salah tu nyanyi depan lelaki dah lah tak tutup aurat gelek lagi menaikan nafsu itu haramlah..huhuhu
ReplyDelete