Wednesday, 2 December 2015

Filled Under:

WOW: Datuk VIDA DEDAH ALASAN Mengapa Guna KUASA TARIK BALIK ACONG hingga FINAL. Memang TERKEJUT bila dengar ALASAN datuk VIDA ni. Takkan la sampai camtu sekali datuk.


Penaja utama Gegar Vaganza 2 (GV2), Datuk Seri Vida telah menggunakan kuasa imunitinya untuk kembalikan Acong ke konsert separuh akhir pada minggu hadapan. Datuk Vida berkata dia tidak menyesal memilih Acong kerana potensi yang ada pada vokalis Sweechild itu.

“Acong merupakan peserta yang bagus. Setiap minggu kita dapat melihat persembahan yang penuh bertenaga daripada dia. Cuma nasib tidak menyebelahi Acong pada malam ini.
“Saya melihat persembahan kesemua peserta setiap minggu dan Acong tidak pernah melakukan kesilapan. Sayang kalau dia terkeluar begitu sahaja. Dengan kualiti persembahan yang ada pada dia, saya rasa adil untuk Acong menerima Imuniti tersebut,” katanya.

Selain itu, Datuk Seri Vida memberitahu sudah bersedia untuk menjawab pertanyaan daripada para peminat mengenai imuniti yang digunakan ke atas Acong.
“Saya harap pemilihan Acong tidak dijadikan isu kerana dia dibawa masuk semula atas persetujuan juri juga. Kalau ikutkan saya, semua peserta saya suka dan mahu mereka terus beraksi hingga ke pentas akhir,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengasas produk yang terkenal dengan tagline ‘Qu Puteh, Barulah Puteh’ itu turut menyatakan rasa puas hatinya terhadap program Gegar Vaganza musim kedua ini.

“Tahun ini Gegar Vaganza (GV) lebih mantap dan ‘marvelous’. Saya sendiri tidak sangka musim ini GV menjadi viral. Ke mana-mana pun saya pergi, orang akan bercakap tentang GV termasuklah orang-orang kita yang berada di luar negara,” katanya.




0 comments:

Post a Comment